(deruan angin kencang menghembus seisi istana, menjamah wajah baginda Sultan Mahmud yang sedang bersugul,kelihatan suasana hiruk pikuk menyelubungi istana, bumi melaka seolah-olah bergegar)
Sultan: Beta menyesal bendahara. menyesal.Bagaimana beta mahu menjawab di depan Ya Rabbi kelak.
Bendahara : Ampun tuanku beribu-ribu ampun.Sembah patik harap diampun.Nasi sudah menjadi bubur tuanku.Jadikanlah ini sebagai pengajaran kepada kita agar tidak tersalah langkah menongkah arus.Agar kelak restuNya sentiasa bersama kita.
Sultan: Nistanya hati panglima.Cacatnya hati beta.Mengapa beta lalai dan leka.Membiarkan diri ini dirajai emosi? membiarkan cemburu menualangi diri.Membiarkan dendam membutakan beta?
Bendahara:Pada hemat patik,segala-galanya masih belum terlambat.Tuanku raja berdaulat.Tuanku payung rakyat.Kita berserah.KIta bersera.Kita berserah.Moga-moga kali ini kebijaksanaan beraja di hati.
Sultan:Ahhh.Persetankan itu.Beta malu.Jatuh air muka beta.Bagaimana jika arwah ayahanda,datuk dan moyang beta melihat keadaan melaka sekarang?Beta malu.Apa guna menjadi raja sekadar boneka.Ditarik ke hilir dan ke hulu.Bagai lembu.Tidak.Lembu lebih mulia.Sekurang-kurangnya memberi manfaat kepada manusia.Tetapi beta?
Bendahara:Bersabar tuanku.Tuanku keturunan berdaulat.Laksmana derhaka itu pasti akan tersungkur.Pasti akan muncul sinar kebenaran di balik kabut ini.Di balik kegopohan ini.
Sultan:Beta menyesal bendahara.Kerna bunga sekuntum,beta menyantap racun.Menerima padahnya.Buta segala-galanya.Tangan beta tidak sesuci embun lagi.Kotor sekotor-kotor hati beta.Beta pembunuh!
Bendahara:Ampun tuanku.janganlah mengungkit perkara yang sudah lepas.Biarkanlah iyanya pergi bersama deruan angin.Hilangnya nyawa Tuah di tangan algojo istana janganlah dikesali.Laksamana tetap dengan janjinya sebagai seorang melayu.Taat kepada payungya.Sebab itulah laksmana tidak melawan tetapi menurut dan rela dengan hukumannya.Walaupun laksmana tidak bersalah…
Sultan:(raungan sultan bergema.Lantas sultan memeluk bendahara.Para pegawai istana tergamam dengan tindakan baginda yang mencemar duli.Memecah bumi menjadi dua.Membelah langit ke-7).Beta bersalah kepada kamu bendahara.Beta bersalah kepada keluargamu.Beta bersalah kepada Tuah.Beta bersalah kepada rakyat.Beta raja yang penuh dengan nista.Sekarang inilah nanah yang beta terima.Beta tanpa usul periksa memenjarakan bendahara.Memisahkan arjuna dan dara.Mendahagakan anak-anak dengan kasih ayah yang tiada.Dan sepanjang itu beta dinasihati oleh kaki bodek,kaki ampu,kaki petualang,kaki pengkhianat.Mereka meniupkan hasad kepada beta.Mereka bersembunyi di balik ketenangan bumi melaka.Mereka memakan beta.
Bendahara:Sebab itu laksmana Tuah bersemuka seperti anak melayu dengan mereka.Dengan Tun Ali tali barut majapahit.
Sultan :Beta lebih percayakan Patih Karma Vijaya kerna beta tertewas dengan keayuan sekuntum bunga.Bunga yang menjadi racun.Kerna dusta mereka dan hasad mereka kepada Tuah lah mereka mencucuk beta menggunakan duri sang bunga.Bunga yang mekar dan menyejukkan.Tetapi beta lupa bunga itu berduri.Beta lupa warna merahnya itu berdarah.Beta lalai dan alpa.Keturunan Iskandar Zulkarnain kah beta?Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.Beta leka.Beta alpa.Beta binasa.
(suasana menjadi sepi.Sesepi kuburan yang diratapi oleh bunga kemboja.Tiba-tiba datang sang sapurba membawa memetik kemboja.Memecahkan kesepian)
Sapurba:Ampun tuanku beribu-ribu ampun.Sembah patik harap di ampun.
Sultan:Bangsat! berani kamu menjejakkan kami di istana beta.Kamu membawa setanggi Laksmana derhaka itu.Kamu membawa sial.Nyah kamu.Sebelum beta humban kamu ke dalam undang-undang ciptaan beta.Kamu mahu?Beta dahagakan darah!.Atau kamu mahu terkena sumpahan berdaulat beta?
Bendahara:Ampun tuanku beribu-ribu ampun.Sabar Tuanku.Memang dia bersama penderhaka itu.Tetapi hanyalah sebagai seorang hamba sahaya.Bagaikan lembu.Dicucuk hidungnya.Jika melawan mata, di hujung mata pedanglah riwayatnya.Kita dengar dahulu perkhabaran yang dibawa.Ada apa wahai sapurba?
sapurba:Ampun tuanku beribu-ribu ampun.Hamba datang bukan untuk berdagang,bukan juga untuk memperdagangkan.Hamba..(kata-katanya dipotong sultan)
Sultan:Ahh..Jikalau datang tidak dijemput,bukan berdagang katamu?setanggi laksamana itu beta amat benci.Bikin murka.Berani kamu.
Sapurba:Ampun tuanku beribu-ribu ampun.Hamba sedar akan siapa hamba ini.Lembu kepada pendusta,penista,pengkhianat.Batang tubuh ini mungkin miliknya,tetapi akal patik bukan miliknya.Hamba mempertaruhkan nyawa kemari.
Sultan:(masih bersugul.Terdiam tidak berkata-kata).Bagaimana beta mahu tahu bukan nista yang kamu bawa.Hanya bendahara yang beta percaya.
Sapurba:Selepas hamba mengkhabarkan perkhabaran ini,humbanlah hamba ke dalam penjara.Hamba rela.Kerna hamba juga melayu.Taat kepada pemimpin tanpa berbelah bahagi.Jika perkhabaran ini didapati dusta oleh tuanku,maka hukumlah hamba tanpa perlunya sepurnama.Sebelum ayam berkokok hukumlah hamba.Hamba rela
Sultan:Baiklah jika itu yang kamu pinta.Beta tunaikan.
Sapurba:perkhabaran yang dibawa ini mungkin membelah jiwa raga tuanku bagai hailintar menusuk bumi.Ampun dipohon sebelum kata-kata hamba ini dirajah daulah tuanku.Ampun tuanku
Sultan:usah bersandiwara dengan beta lagi.penat sudah batin ini diterjah kemashlafatan.Penat sudah angin cuba memadam api kekecewaan.Tiada gunanya lagi.Berkhabarlah kamu wahai sang hamba
Sapurba:ketika bumi Melaka ini bergolak.Ketika Laksmana beraja di hatinya,ketika Payung rakyat dinodai kedaulatannya,patik dan rakyat sahaya berdoa dalam kegelapan keadilan,tanpa kehadiran sang matahari pembawa sinar,agar sang durhaka segera dirajah,segera dipasung oleh pembesar lain.Tetapi lain pula yang muncul sesudah mendung sepurnama.Pembesar yang diharapkan semua belot.harapkan pagar,pagar makan padi.
Sultan:Itu beta tahu wahai sang sapurba.Usah bermadah.Usah ditoreh hati beta.Usah diungkai tirai lama itu.Beta tidak mahu mendengar kiasan berkaca itu.Menusuk kalbu.Membunuh beta bagaikan angin.Beta maklum perkara itu.Tidakkah kamu lihat beta tanpa usul periksa mendengar nasihat mereka?Nasihat pembesar beta yang setia tidak beta hiraukan.Malahan beta memenjarakan dia.Beta humban dia.Di mana mahu beta meletakkan air muka beta ini?
Bendahara:Wahai sang sapurba.Hentikanlah tujahan duri ini.Ceritakan perkhabaran sebenarnya.
(semua yang berada di situ terkaku.Pandangan terpaku pada sang sapurba.suasana menjadi hening kembali)
Sapurba:Ampun tuanku.Pohon keampunan andai patik terlanjur kata mengundang bencana.Sesungguhnya patik hanyalah hamba sahaya yang hina.Ampun tuanku.Arakiannya selepas bermukah dengan dayang-dayang tuanku,anak-anak dara sunti ,Laksmana Lekir didatangi oleh orang kaya di hilir megat sangsawarna,Temenggung shah zaman dan bentara majapahit sulis wirama.Pada mulanya patik menyangka kedatangan mereka adalah untuk menasihati laksamana,tetapi gerak geri mereka mendatangkan syak wasangka kepada patik
payung daulat berjaya dijarah,
mereka tersenyum tertawa bersama,
selepas itu gundik dijamah,
mereka rupanya petualang durjana.
sapurba:Selepas itu mereka berbicara bersama,patik yang ketika itu bersembunyi di belakang pintu terdengar perbualan durjana mereka.Dahsyat tuanku.Amat dasyhat.Mereka mahu melenyapkan terus payung rakyat.Mereka bersetuju untuk memburu tuanku dengan bantuan majapahit yang dahagakan bumi melaka ini dan mengangkat Laksamana derhaka itu sebagai sultan yang baru.Ampun tuanku.Ampun beribu-ribu ampun.Sembah patik harap diAmpun.
(bersambung)